Tujuh bubu naga dirampas di Sungai Janggut - Utusan Malaysia

Tujuh bubu naga dirampas di Sungai Janggut

Bubu naga
BUBU naga yang dirampas di sekitar perairan Sungai Janggut, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Segelintir nelayan dikesan masih berdegil menggunakan bubu naga haram di perairan Sungai Janggut di sini, biarpun pernah dirampas pihak berkuasa di lokasi sama sebelum ini.

Rampasan terbaharu melibatkan tujuh peralatan itu yang ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di barat laut perairan berkenaan pukul 1.30 petang semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi rondaan rutin bot yang melihat satu pelampung merah diikat dengan tujuh bubu naga dan pancang kayu.

“Anggota kita kemudian menunggu selama 30 minit namun tiada bot nelayan menghampiri kawasan tersebut. Kesemua bubu itu dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Siva Kumar, kesemua bubu naga itu dianggarkan bernilai RM350 iaitu RM50 bagi setiap unit.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut menahan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan di perairan berkenaan pada hari sama.

“Pemeriksaan mendapati bot yang dikendalikan empat kru termasuk tekong warga tempatan berusia 15 hingga 44 tahun itu tidak mempunyai lesen menangkap ikan. 

“Bot dan kru itu ditahan bagi tindakan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan bot fiber yang tidak dilesenkan. Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya