Tuhan ‘tutup’ aib, jahat saya - Alif Satar - Utusan Malaysia

Tuhan ‘tutup’ aib, jahat saya – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELUM ditayang, filem Pulau sudah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan. Tidak cukup itu, para pelakon naskhah tersebut juga terpalit sama apabila ramai yang mempersoal mengapa mereka menerima tawaran tersebut.

Alif Satar antaranya yang menerima kecaman dan kritikan. Imej baiknya selama ini sedikit sebanyak tercalar dek kontroversi filem tersebut. Lantas apakah pelakon ini terbuka menerima kritikan tersebut?

Malah, namanya sering kali tular di media sosial seolah-olah dia adalah sesempurna lelaki dan suami. Adakah dia juga selesa dengan pujian melambung yang diberikan kepadanya? Tidakkah itu boleh memerangkapnya kelak? Alif, Jawablah!

Nama Alif turut terpalit dengan kontroversi melibatkan filem Pulau. Ramai yang mempersoalkan mengapa Alif terima tawaran untuk berlakon dalam filem yang terkait dengan isu sensitif itu? Komen sikit.
Penonton kena faham, sebagai seorang pelakon, ada proses sebelum kita menerima tawaran. Saya ditawarkan satu skrip. Dalam skrip tersebut tak digambarkan pun filem itu bagaimana.

Kedua, saya akan tanya karakternya dan siapa pelakon bersama. Bila dengar nama Namron, Wan Hanafi Su, pelakon mana akan tolak kan. Saya sendiri teruja bila dapat berlakon dalam satu naskhah dengan mereka.

Tetapi semua itu tak menggambarkan pun filem itu lucah atau bagaimana. Janganlah menilai siapa saya kerana berlakon dalam satu filem kontroversi. Rasanya dalam babak berenang, saya yang paling overdress.

Bila ditayangkan kelak, mahu tidak mahu, pasti Alif akan turut menerima kecaman. Segelintir netizen juga boleh tahan pedas kecamannya. Bersedia?

Tidak dinafikan, kadang-kadang orang komen melampau. Mungkin mereka tak tahu apa proses pembikinan filem. Orang nampak babak itu intim, padahal teknik kamera. Ada 50 kru di belakang.

Bila orang komen sama ada baik atau berbentuk kecaman, saya terima dengan hati terbuka. Cuma saya percaya, kawan-kawan dan peminat kenal siapa saya. Mereka tidak akan menilai saya kerana satu filem.

Ada yang takut Alif ‘berubah’. Kononnya terpengaruh dengan sisi berbeza dunia seni? Komen?

Selama 17 tahun dalam industri, saya masih ingat betapa sukarnya perjalanan itu. Saya tidak akan mempersia-siakan peluang dan rezeki yang Tuhan beri.

Tetapi saya pandang itu dari sudut positif. Mereka ambil berat. Jangan risau, saya tahu tanggungjawab, pendirian dan batas. Saya tetap jadi diri sendiri tanpa dipengaruhi perkara -perkara lain.

Sebenarnya Alif selesa tak bila orang terlalu menyanjung dan menanggap Alif sebagai seorang lelaki contoh? Mengidolakan Aliff sebagai suami mithali contohnya.

Saya segan juga sebenarnya bila orang komen begitu. Kadang-kadang kita nampak baik tetapi sebenarnya Tuhan sedang jaga dan tutup aib kita. Berat tanggungjawab itu, jadi malu pula.

Bila orang melambung-lambung puji kita, saya jadi takut. Sebab itu sekali sekala bila orang kecam, saya teruja juga. Seimbanglah. Saya pun ada kesilapan, manusia biasa.

Bukan nak kata saya alim atau sebaik-baik manusia. Hanya ada satu sahaja manusia sempurna, Rasulullah. Saya cuba yang terbaik, bukan untuk sesiapa tetapi diri sendiri.

Apa reaksi isteri bila ramai yang memuji cakap seronoknya bersuamikan Alif Satar? Sudahlah setia, kacak bergaya.

Dia gelak sahaja. Setiap kali bila ada yang memuji saya, dia pandang ‘sinis’. Biar betul kan? Mungkin dalam hati dia berkata, lelaki yang kamu puji-puji ini bila balik rumah, seluar campak merata juga.

Saya manusia biasa. Tak perlu memuji, mengidolakan saya.

Saya sentiasa bersyukur sebab sehingga kini, Tuhan betul-betul jaga aib saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.