Trio Akmal, Azman dan Dira menang pemilihan UMNO Jasin

Trio Akmal, Azman dan Dira terajui UMNO Jasin

DR. MUHAMAD AKMAL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dr. Muhamad Akmal Salleh menyifatkan kemenangan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin bukan satu perkara mudah kerana perlu mengembalikan parti itu ke puncak seperti mana dilalui sebelum ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu percaya ia telah bermula daripada kertas undi diberikan kepadanya pada semalam.

“Insya-Allah, ini tanggungjawab kita semua untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Bantu dan doakan kami untuk menjalankan amanah ini dengan baik,” katanya dalam Facebook beliau.

Dr. Muhamad Akmal menang merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam saingan sengit empat penjuru semalam.

KHAIDIRAH ABU ZAHAR

Jawatan Timbalan Ketua bahagian dimenangi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian, Azman Abdullah yang mendapat 289 undi manakala Naib Ketua dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar (353 undi).

Dr. Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menang dengan majoriti 146 undi selepas memperoleh 340 undi menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Hasan Abd. Rahman yang mendapat 194 undi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.