Tilmiz Fahmi johan Akademi Qurra’ - Utusan Malaysia

Tilmiz Fahmi johan Akademi Qurra’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tilmiz Fahmi atau Muhamad Nurfahmi Zainal, 23, dinobatkan sebagai johan Akademi Qurra’ musim pertama terbitan TV AlHijrah sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Tilmiz Fahmi berkata, dia sebenarnya tidak meletakkan harapan apatah lagi menjangkakkan kemenangan ini apabila melihatkan saingan sengit dari rakan peserta lain.

“Saya memang tidak jangka akan membawa gelaran Johan Akademi Qurra’ musim pertama. Bagaimanapun dengan kemenangan ini saya mahu memperluaskan lagi pengetahuan al-Quran kepada mereka di luar sana.

“Selain itu pihak produksi Akademi Qurra’ selama lapan minggu ini banyak memberi tumpuan kepada tahap kesihatan peserta. Bagi saya suara yang sedap adalah melalui tubuh badan yang sihat,”katanya.

Kemenangan itu juga menyaksikan Tilmiz Fahmi menewaskan empat pencabar lain dengan Tilmizah Nooraini atau Nooraini Abdullah, 40, meraih tempat kedua sementara Tilmizah Maghfirah atau Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki, 19 di tempat ketiga.

Sementara Tilmiz Zuhdi atau Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud, 25 dan Tilmiz Akasyah atau Tilmiz Akasyah atau Muhammad Akasyah Md Yunos, 18 pula berada di kedudukan keempat dan kelima.

Selain itu, tambah Tilmi Fahmi, dia akan menggunakan wang kemenangan ini bagi membantu anak-anak muda diluar sana dalam menguasai al-Quran.

“Wang kemenangan ini akan diberikan kepada ibu bapa dan selebihnya akan saya gunakan dalam membantu anak-anak muda di luar sana. Lebih mulia apabila kita juga akan bertemu Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, juri tetap Akademi Qurra’ Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, secara keseluruhannya markah yang diperoleh peserta pada pentas akhir cukup mengejutkan.

“Ada peserta yang dianggap boleh mendapat markah tertinggi namun gagal diterjemahkan dan sebenarnya inilah realiti sebuah pertandingan.

“Dalam tempoh beberapa minit itu adalah medan mereka untuk dinilai, sepanjang lapan minggu ini masih ada peserta yang gagal menguasai tajwid dan kemahiran mengolah tarannum dengan baik,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, melihatkan sambutan program tersebut, dia tidak menolak ada pembaharuan yang akan dibuat dalam memastikan program ini kekal relevan.

“Dari minggu pertama kita melihat peningkatan tontonan, apa yang boleh saya katakan penonton sendiri suka melihat perubahan yang ditunjukkan peserta.

“Malah saya jangka Akademi Qurra’ boleh menjadi antara program yang mendapat rating tertinggi terbitan TV AlHijrah.

“Bagaimanapun kami akan terus berbincang dalam mendapatkan maklum balas untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Pastinya dengan sambutan yang diterima program ini akan kembali lagi untuk musim kedua,” jelasnya.

Program Akademi Qurra’ dihoskan oleh Fakhrul UNIC dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.

Manakala, Mudarris dan Mudarrisah yang menjadi tulang belakang membimbing semua peserta pula ialah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Soufizah Mousin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya