Tiga calon dahului undi Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Tiga calon dahului undi Naib Presiden UMNO

umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga calon mendahului bagi perebutan jawatan Naib Presiden UMNO, setakat 5.30 petang ini.

Tiga calon tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan lapan undi; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (6) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (4).

Pada masa sama, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga meraih empat undi dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula meraih tiga undi.

Sementara itu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad meraih satu undi; penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Mahdzir Khalid (1) dan Dr. Mohd Yusof Musa pula tidak meraih sebarang undi.

Dalam perkembangan lain, jawatan Pengerusi Tetap didahului oleh Tan Sri Badruddin Amiruldin dengan sembilan undi meninggalkan pesaingnya, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin yang meraih satu undi.

Bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap didahului oleh Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah dengan lapan undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya