Tidak Rasmi: Azwan Bro menang Ketua UMNO Pasir Salak - Utusan Malaysia

Tidak Rasmi: Azwan Bro menang Ketua UMNO Pasir Salak

KHAIRUL Azwan Harun menerima ucapan tahniah daripada penyokongnya selepas menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak pada Pemilihan parti itu di Dewan Besar Changkat Lada di Pasir Salak hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Khairul Azwan Harun menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dalam pemilihan parti itu yang diadakan di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, Changkat Lada di sini hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7 petang, Khairul Azwan, 47, atau Azwan Bro menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang juga anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Khairul Azwan yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO menang dengan majoriti 46 undi.

Beliau memperolehi 342 undi manakala Dr Faizal pula dengan 296 undi.

Kemenangan Khairul Azwan itu menamatkan legasi Tajuddin yang menggalas jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak selama 18 tahun sejak 2004.

Kerusi Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak kosong setelah Tajuddin yang juga penyandangnya digantung keahlian selama dua penggal atau enam tahun.

Pada Jun lalu, Tajuddin dipecat daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sementara itu, sehingga pukul 8 malam ini, keputusan bagi lain-lain jawatan yang dipertandingkan masih belum diketahui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.