Tiada istilah memilih skrip

Tiada istilah memilih skrip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUJUH tahun bergelar anak wayang, Zarul Umbrella boleh dikategorikan pelakon senior yang cukup berpengalaman.

Sampai saat ini, rezeki bekas pramugara Penerbangan Malaysia ini dalam bidang lakonan tidak pernah terputus.

Malah, peluang berlakon pada usia menjengah lima dekad dianggap anak kelahiran Kelantan ini sebagai nikmat kurniaan Tuhan paling besar.

Bagi Zarul, rezeki tidak wajar ditolak. Lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang penuh persaingan. Dan peluang ditawarkan watak sesuai usia menjadi perkara yang cukup dihargai Zairulkefli Husin.

“Setakat ini, begitulah. Setiap tawaran yang saya terima disesuaikan dengan usia saya.

“Asalkan watak atau babak yang ditawarkan tak mengarut, saya buat sahaja. Tiada istilah memilih skrip atau apa. Nanti apa pula kata orang,” ujarnya.

Kata Zarul, industri filem dan drama tempatan tidak sebesar mana. Pelakon baharu pula silih berganti. Jadi tidak wajar bersikap memilih skrip.

“Saya serahkan kepada stesen televisyen (TV). Kalau mereka benar-benar mahukan saya, saya terima dan anggap tuntutan skrip sebagai cabaran.

“Itu adalah sebahagian permainan industri filem dan drama yang perlu saya hadap. Buat sahaja, ikut kemampuan.

“Banyak perkara yang boleh dibawa bincang. Kalau melibatkan babak di luar kemampuan, saya akan bincang, cari jalan untuk jayakan sesuai keupayaan,” jelasnya.

13 TAHUN JADI YOUTUBER

Selain berlakon, Zarul juga aktif mengusahakan saluran Youtube, Zarul Umbrella yang kini jumlah pengikutnya mencecah 183,000 keseluruhannya.

Katanya, dia tidak pernah menyangka percubaannya untuk menjadi Youtuber 13 tahun lalu akhirnya membuahkan hasil.

“Saya mula menjadi Youtuber pada 2011 dan hanya mula mengetengahkan kandungan-kandungan berkaitan bidang penerbangan pada tahun 2019.

“Saya tak sangka ia menerima sambutan luar biasa. Reaksi yang menggalakkan membuatkan saya terus ingin mengupas bidang penerbangan dalam Youtube saya.

“Terapi, buat masa ini, lakonan dan Youtube bergerak seiring. Saya tidak letakkan keutamaan pada salah satunya,” jelasnya. 

Kongsi Zarul lagi, dia tidak akan berhenti berkongsi kandungan-kandungan menarik di Youtube kerana baginya platform tersebut berhasil menyebar luas informasi tentang bidang penerbangan.

“Saya sentiasa usahakan content baharu. Saya bertuah kerana Malaysia Airport Berhad dan syarikat-syarikat penerbangan tempatan banyak membantu dalam saya mengetengahkan kandungan-kandungan sebegini. 

“Saya ada juga mempertimbangkan cadangan-cadangan daripada pengikut Youtube saya. Banyak idea bernas yang mereka kongsikan untuk menjadikan kandungan Youtube saya lebih menarik. Kalau berkelapangan, saya akan usahakan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya