Tiada halangan operator feri tambah trip ke Langkawi

Tiada halangan operator feri tambah trip ke Langkawi

FERI penumpang dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis menjadi salah satu pengangkutan utama untuk pelancong berkunjung ke Pulau Langkawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) tidak menghalang syarikat feri penumpang ke Langkawi untuk menambah kekerapan perjalanan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di pulau legenda itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perusahaan Perladangan, Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, Datuk Azman Nasrudin berkata, setakat ini operator hanya menjalankan lima trip sehari selari dengan permintaan semasa penumpang.

“Sekiranya terdapat permintaan tinggi, jumlah trip boleh ditambah. Contohnya musim Tahun Baharu Cina antara 20 hingga 25 Januari lalu, kadar kekerapan feri telah ditambah hingga sembilan trip setiap hari. 

“Pada masa ini operator feri sedia ada memiliki 12 feri pelbagai kapasiti yang sedang beroperasi. Jumlah ini cukup dan mereka boleh mohon trip tambahan hingga maksimum 12 trip berdasarkan permintaan,” katanya ketika sesi penggulungan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan kerajaan negeri memikirkan kaedah untuk melancarkan pergerakan pelancong keluar masuk ke Langkawi.  

Titah baginda, sejak akhir-akhir ini, perkhidmatan feri penumpang ke Langkawi kian mengalami kemerosotan ekoran kekerapan jadual pergerakan feri. 

Mengulas lanjut Azman berkata, kerja pengerukan untuk keselamatan pelayaran bagi alur pelayaran Kuala Kedah telah siap sepenuhnya pada 26 Disember tahun lalu. 

“Disebabkan itu operator feri dapat memenuhi obligasi minimum mereka untuk menyediakan perjalanan atau trip sebanyak lima trip sehari dari Kuala Kedah ke Langkawi dan sebaliknya. 

“Bagi kerja pengerukan Kuala Perlis pula dijadualkan siap pada 15 Mei ini. Oleh itu operator feri tidak dapat memenuhi obligasi minimum untuk menyediakan perjalanan sebanyak lima trip sehala sehari buat masa ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.