PETALING JAYA: Siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi agensi ini.
SPRM dalam satu kenyataan menegaskan kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.
Kata kenyataan itu, proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Justeru itu, tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM tersebut atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej Suruhanjaya ini,”jelas kenyataan itu.-utusan











