Tanah percuma keutamaan bina PPR

Tanah percuma keutamaan bina PPR

NGA Kor Ming (dua kiri) bersama Ahmad Yakob (kanan) menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Pasar Tok Kenali di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri yang menawarkan tanah percuma atau kutipan ‘nominal premium’ di lokasi strategik diberi keutamaan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah tersebut dapat mengoptimumkan kos pembinaan projek tersebut yang sebelum ini tinggi disebabkan bayaran premium tanah.

Katanya, pengalaman lalu kementerian terpaksa membayar cukai tanah sekitar 30 hingga 35 peratus bagi menjayakan projek tersebut.

“Situasi ini menyebabkan kualiti akan menjadi kurang. Sebab itu, kita mengalu-alukan mana-mana kerajaan negeri yang sedia bekerjasama dalam perkara ini.

“Kita akan memberi keutamaan kepada kerajaan negeri yang sedia menjalinkan kerjasama ini,” katanya selepas merasmikan Pasar Tok Kenali bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kubang Kerian, di sini semalam.

Kor Ming berkata, kementeriannya memberi masa kepada kerajaan negeri untuk mencari tapak dan lokasi strategik.

Katanya, pada tahun ini kerajaan memperuntukkan RM387 juta untuk projek PPR.

“Selain itu RM358 juta untuk Projek Rumah Mesra Rakyat. Kerajaan akan mempergiat usaha supaya satu keluarga mempunyai satu rumah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN