Tak kecewa pun, berbalik kepada demand - Shaheizy Sam - Utusan Malaysia

Tak kecewa pun, berbalik kepada demand – Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU seminggu ditayangkan, filem Rajah lakonan Shaheizy Sam dan Bront Palarae terpaksa dikurangkan jumlah pawagam tayangan kononnya dikatakan kurang mendapat sambutan daripada penonton.

Daripada 41 pawagam di minggu pertama, hanya tinggal 10 pada minggu seterusnya. Lantas pelbagai persoalan timbul. Adakah filem tersebut kurang mendapat sambutan kerana genrenya yang lebih berkisarkan tentang sejarah?

Atau naskhah itu sendiri belum cukup kuat untuk menarik minat penonton. Malah,ada juga yang tidak tahu kewujudan filem itu yang mula ditayangkan pada 9 Mac lepas.

Jawablah! mendapatkan Shaheizy Sam. Adakah dia terkilan dengan keputusan itu? Sam, tolong jawab.

Baru seminggu ditayangkan, filem Rajah sudah ditarik tayangan dari 31 pawagam. Sam sedia maklum dengan perkara itu? 

Tidak pula saya dimaklumkan. Tetapi saya terima sahaja situasi tersebut. Kita perlu faham, filem yang berjaya adalah naskhah yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Tak semua suka filem genre sejarah seperti Rajah.

Terkilan apabila tahu filem Rajah dikurangkan tayangan kononnya kerana tidak mendapat sambutan?

Kecewa, terkilan itu tidak. Kejayaan sesebuah filem berbalik kepada apa yang orang mahu tonton. Saya rasa ini semua terletak pada keinginan dan demand masing-masing. Kita tidak boleh salahkan penonton.

Ada yang suka genre aksi, romantik-komedi dan seram. Ada juga yang suka menonton naskhah yang mengangkat sejarah seperti Rajah ini. Tetapi mungkin tidak seramai peminat genre lain. 

Ramai juga yang terkejut kerana Rajah dikatakan sebagai sebuah filem yang baik. Jadi penarikan jumlah pawagam itu mengecewakan beberapa pihak. Komen Sam?

Sebenarnya, untuk mengangkat sesebuah filem itu baik atau tidak, itu sangat subjektif. Rajah adalah sebuah filem terbitan produksi luar negara. Mereka mempunyai pengikut masing-masing.

Sebab itu saya cakap, bergantung kepada demand juga. Majoriti orang kita sukakan filem yang mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti aksi. Tak semua suka filem story-telling. Mungkin sebab itu Rajah tidak dapat sambutan.

Orang kita juga senang mendengar review daripada pengkritik filem dan penonton lain. Mungkin itu juga menjadi faktor Rajah tidak digemari oleh peminat layar perak. Kita tak boleh hendak beri faktor utama.

Kita alih sedikit topik. Nampaknya Ramadan ini Sam sibuk berniaga jenama baju Melayu, 7 Zikir. Memang Sam akan berehat daripada aktiviti seni dan fokus pulun keuntungan berniaga ke?

Saya mula menjual baju Melayu dari 2016 lagi. Saya juga sedia maklum, untuk menjual baju Melayu, tiga bulan sebelum Aidilfitri adalah tempoh masa kritikal untuk memasarkan dan menjual produk tersebut.

Sebab itu saya betul-betul fokus berniaga sejak kebelakangan ini. Menjadi usahawan ini bukan senang. Perlu susun strategi dan teknik pemasaran yang mampu menarik minat pembeli dan menjana keuntungan.

Jenama baju Melayu di luar sana juga sangat banyak. Jadi persaingan itu membuatkan saya lebih berusaha untuk memasarkan jenama 7zikr dengan lebih luas. 

Dari segi kerjaya seni pula macam mana?

Tahun ini ada tujuh filem saya akan ditayangkan di pawagam. Jadi sepanjang tahun dan selepas Aidilfitri kelak, saya akan fokus untuk mempromosikan filem-filem tersebut antaranya Polis Evo 3 dan Malbatt: Misi Bakhara.

Ada juga filem yang sudah siap penggambaran sebelum pandemik lagi. Jadi, saya cukup teruja untuk menantikan filem-filem itu ditayangkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya