‘Sukar tetapi berbaloi’ - Utusan Malaysia

‘Sukar tetapi berbaloi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJALANAN untuk membina jenama Chicken Royale tidak semudah mematahkan sebatang pensel. Itu diakui sendiri, pemilik jenama makanan tersebut, Mohd Nazri Md Akim selepas lapan tahun berusaha sedaya mungkin.

Bermula daripada hanya menjual di tepian longkang, kini jenama makanan tersebut mampu memberi rasa bangga apabila berjaya membuka cawangan baharu di Senawang, Negeri Sembilan.

“Bila teringat memang sukar. Saya berhenti kerja kerana percaya dengan cita-cita dan impian membina jenama perniagaan sendiri. Tetapi ketika itu, mungkin rezeki belum menyebelahi saya dan jenama ini.

“Saya bermula sebagai peniaga foodtruck sahaja sekitar 2016. Ketika itu, memang perniagaan sangat perlahan. Saya juga memulakan perniagaan dengan modal sendiri. Tidak membuat sebarang pinjaman.

“Sampai sekarang kalau ingat betapa sukarnya membina jenama Chicken Royale ini, saya bersyukur dengan rezeki dan kejayaan ini. Bukan sesuatu yang mudah, tetapi berbaloi untuk saya dan keluarga,” ujarnya memulakan bicara.

Berjaya membuka cawangan kelapan, Mohd Nazri turut berkongsi rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan antaranya Johor dan Melaka. Dia mahu berkongsi keunikan hidangan dan citarasa antarabangsa yang disuntik elemen tradisi.

“Ini cawangan pertama kami di luar Lembah Klang. Senawang juga satu lokasi perniagaan yang baik khususnya untuk usahawan lokal. Untuk setiap cawangan, kita akan menyuntik elemen budaya tempatan setiap negeri.

“Itu adalah keunikan dan keistimewaan Chicken Royale. Malah, kami sentiasa memastikan kualiti hidangan dan makanan berada di paras yang tinggi. Ini adalah perniagaan yang menjadi periuk nasi saya serta kakitangan.

“Selain membuka cawangan di beberapa negeri lain, saya juga bercadang membuka dapur berpusat bagi memastikan kualiti hidangan sentiasa terjamin segar dan memuaskan. Saya merancang untuk membuka 50 cawangan lagi,” katanya.

Menariknya, Chicken Royale menerapkan ciri ciri unik kemelayuan dengan hidangan menu menu utama berkonsepkan makan di dalam talam. Malah, setiap menu dinamakan bersempena hikayat Melayu lama antaranya Talam Badang, Mahsuri, Bersiong, Teja , Mahsuri, Mayang, Sapurba dan lain lain lagi.

Ciri-ciri kemelayuan turut jelas kelihatan pada logo Chicken Royale dengan imej ayam bertanjak dan dekorasi restoran tersebut.

Menurut Mohd. Nazri, setiap hidangan merupakan cetusan ideanya sendiri khususnya ayam peri-peri yang diilhamkan daripada Afrika Selatan.

“Salah satu hidangan kita, ayam panggang berkeju juga tular di media sosial. Saya cuba menggabungkan elemen Melayu dan trend kegemaran ramai, cheese leleh. Ternyata itu berjaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.