Sukan Teqball bakal diperkenalkan buat pelajar sekolah di Perlis - Utusan Malaysia

Sukan Teqball bakal diperkenalkan buat pelajar sekolah di Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (lima dari kiri) berkenan bagi menyaksikan pertunjukkan permainan teqball sewaktu Majlis Perasmian Bengkel dan Pelancaran Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18) di Pusat Terarak Jagaan Rahmat, Mata Ayer, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bakal memperkenalkan sukan Teqball buat pelajar-pelajar sekolah di negeri ini menerusi penganjuran Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18) tidak lama lagi.

Kejohanan yang julung kali bakal diperkenalkan itu adalah merupakan hasil kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB), Persatuan Teqball Negeri Perlis dan Unimap.

Pengerusi Persatuan Teqball Perlis, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, kejohanan tersebut akan dilaksanakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bagi memilih bakat-bakat baharu untuk mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Malah selepas ini kita akan memperluaskan lagi sukan Teqball agar dikenali ke seluruh negara malah Unimap dan Perlis adalah merupakan perintis kepada sukan ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bengkel dan Pelancaran Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18) di Pusat Terarak Jagaan Rahmat, Mata Ayer, semalam.

Majlis pelancaran itu disaksikan oleh Raja Muda Perlis merangkap Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama sewaktu majlis berkenaan adalah Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Indera Ir. Baharin Din, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan Pengurus Besar TNB State Stake Holder Kedah/Perlis, Wan Ishak Soed.

Dalam majlis sama, turut diadakan pertunjukan permainan teqball antara kakitangan Pusat Sukan dan Rekreasi Unimap bersama Kelab Kilat TNB Perlis.

Dalam pada itu, Mohd Fo’ad berkata, TNB juga telah memberi komitmen dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 bagi tujuan penganjuran kejohanan Teqball tersebut.

“Selain mok cek, TNB yang diwakili oleh Datuk Indera Ir. Baharin turut menyerahkan piala pusingan kepada kami,” katanya.

Untuk rekod, Unimap pernah dipilih sebagai lokasi Pusat Latihan Persediaan Kejohanan Asia Beach Game selama enam bulan bermula pertengahan November hingga April 2021 lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.