Suami jangan kedekut dengan isteri, anak-anak - Erna Elliyana - Utusan Malaysia

Suami jangan kedekut dengan isteri, anak-anak – Erna Elliyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Erna Elliyana mengakui 11 tahun melayari bahtera perkahwinan menyuntik kematangan untuk dia sentiasa mengutamakan diri dan memastikan keperluan suami terjaga.

Jelasnya yang juga pengasas produk kecantikan, Kamya Glow, suami perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan diri serta kesihatan mental.

“Suami kalau hendak lihat isteri sentiasa cantik, kena beri nafkah lebih. Supaya kaum isteri boleh merias, melawa diri sendiri. Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana itu adalah lubuk rezeki anda

“Saya dulu masa kenal dengan suami, kulit memang agak gelap. Saya pernah tanya, kenapa nak kahwin dengan saya, bukan cantik sangat pun, Tetapi dia cakap, cinta kerana saya ada otak.

“11 tahun berumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami memang sentiasa bagi semangat untuk saya sentiasa menarik. Dia yang suruh ambil suplemen dan jaga kulit,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya apakah pendapat dia berhubung isu penyondol yang kini hangat diperkatakan di media sosial, Erna ada pandangan peribadi.

“Nak beri komen, seram sejuk rasanya. Tapi tidak ada kena mengena dengan diri sendiri ya. Minta jauh. Alhamdulillah, Tuhan masih jaga rumah tangga kami daripada perkara itu.

“Tetapi ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat

“Saya selalu amalkan doa unuk menjauhkan saya dan keluarga daripada maksiat. Tak mahu rasa lazatnya melakukan maksiat,” katanya sebagai pesanan untuk diri sendiri juga.

Berkongsi mengenai produk keluaran baharu Kamya Glow, Erna dengan nada teruja memberitahu, jenama kecantikan itu memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).

“Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM5,000.

“Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal tujuh hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat.

“Paling seronok Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin c,” ujarnya,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN