Suami isteri maut, anak lelaki parah kemalangan lima kenderaan - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, anak lelaki parah kemalangan lima kenderaan

KEADAAN dua daripada lima buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu, petang tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelakinya cedera dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, mangsa, Faizul Azman, 44, dan isterinya, Habsah Ismail, 44, yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, anak lelaki pasangan itu, Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, pula cedera parah di muka dan dikejarkan ke Hospital Setiu di sini.

Katanya, kemalangan yang berlaku pada pukul 1.17 petang itu melibatkan sebuah lori, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Proton Exora dan Toyota Wish, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara serta Perodua Axia.

“Pasangan suami isteri yang maut itu bersama anak lelaki mereka menaiki Proton Exora,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi.

Afandi memberitahu, seramai 13 orang pemandu dan penumpang kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu terselamat termasuk lima kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan Toyota Wish.

Dalam pada itu, seorang pemilik kedai makan, Mazlan Abdul Ghani, 56, berkata, dia bergegas keluar selepas bunyi rempuhan kuat dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 20 meter dari kedai makannya.

“Saya bergegas ke arah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dan saya melihat kenderaan Proton Exora yang paling teruk.

“Orang ramai cuba membantu keluarga mangsa terlibat yang tersepit, namun lelaki di tempat duduk pemandu sudah meninggal dunia manakala isterinya ketika itu masih bernyawa dan meminta tolong.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa, selain menunggu ketibaan pihak bomba sebelum mengeluarkan mangsa termasuk seorang anak lelaki pasangan itu yang cedera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.