Siasat dakwaan Ka Siong - Utusan Malaysia

Siasat dakwaan Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul diminta melakukan siasatan terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa beliau didesak menarik balik kenyataannya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kenya­taan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa beliau didesak oleh pihak ter­tentu supaya menarik balik ke­nyataannya menjejaskan kesucian sidang Parlimen.

Menurut beliau, apa yang didedahkan oleh Ka Siong itu turut menimbulkan kebimbangan pelbagai pe­ringkat dan sehubu­ngan itu Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu bertindak segera melakukan siasatan terhadap tekanan yang dihadapi oleh Presi­den MCA itu.

“Pertama, seorang Ahli Parlimen tidak boleh ditekan oleh mana-mana pihak untuk membuat sebarang kenyataan tanpa rela.

“Kedua, tiada pegawai awam atau ahli perniagaan patut mem­buat sebarang aturan yang direka untuk memberikan tekanan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk berbuat atau berkata sesuatu,” katanya seper­ti dipetik daripada FMT.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Ka Siong mendakwa terdapat syarikat menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membersihkan namanya daripada isu kartel telur.

Semasa berbahas di Dewan Rakyat, Ka Siong memaklumkan beliau telah dihubungi oleh seorang individu yang menuntutnya untuk membuat satu kenyataan berhubung kenyata­annya di Parlimen tentang kemasukan telur import.

Johari berkata, dakwaan terdapat individu terbabit bahawa sudah ada perbincangan diadakan dengan JPM adalah pencerobohan yang menyalahi undang-undang.

“Parlimen bertanggungjawab menyiasat perkara ini dan memastikan tindakan yang perlu diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya