Siapa nusyuz? Puteri Sarah yakin kebenaran akan terbongkar

Siapa nusyuz? Puteri Sarah yakin kebenaran akan terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana menegaskan istilah nusyuz sewajarnya diberikan kepada suaminya, Syamsul Yusof kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya selama ini.

Puteri Sarah yang merupakan isteri pertama Syamsul malah mempersoalkan tindakan suaminya yang memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah selepas empat tahun pasangan itu berdepan krisis rumah tangga.

“Buatlah apapun kerana saya tidak takut dan yakin berada di pihak yang benar. Saya ingin ingatkan yang mereka sekarang ini dalam siasatan mahkamah syariah berhubung kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah.

“Isterinya (Ira Kazar) juga sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah,” katanya.

Yakin dirinya berada di pihak yang benar, kata Puteri Sarah, dia langsung tidak tercabar dengan permohonan yang dibuat Syamsul.

Malah, dirinya sentiasa bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakangnya serta sedia menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan dirinya dengan Ira yang masih dalam prosiding mahkamah.

“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?

“Jadi siapa yang nusyuz? Insha-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat.

“Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya.

Petang tadi, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasan yang dikemukakan dalam permohonan nusyuz itu adalah Puteri Sarah dikatakan berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga sejak 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.