Semua jentera kementerian dikerah bantu pasca banjir Johor - PM

Semua jentera kementerian dikerah bantu pasca banjir Johor – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua jentera kerajaan dikerah untuk melibatkan diri dalam program pasca banjir di Johor bagi membantu kira-kira 82,831 mangsa yang terjejas akibat bencana alam itu ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama, kerajaan juga turut bersetuju memberikan peruntukan tambahan bernilai RM150 juta yang diluluskan segera oleh Kementerian Kewangan bagi melaksanakan inisiatif berkenaan.

“Pertama soal banjir, kita dapati keseluruhan mangsa terlibat yang diletakkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencecah 82,831 orang selain seramai 26,879 manga sedang berada di 102 PPS yang masih aktif di Johor.

“Jadi, Kabinet memberi keutamaan untuk memutuskan semua jentera kementerian melibatkan diri dalam program pasca banjir, ada peruntukan tambahan RM150 juta daripada Kementerian Kewangan yang disegerakan.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga telah turun dan mengenal pasti beberapa projek dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini tadi.

Anwar berkata, seramai 16,167 isi rumah juga telah menerima bantuan wang ihsan bernilai RM1,000 berikutan terjejas akibat bencana banjir.

Beliau turut menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti dan sukarelawan jabatan kerajaan untuk turun dalam masa singkat bagi membantu rakan dan keluarga yang menghadapi pasca banjir kerana ia merupakan beban tanggungjawab besar untuk dikendalikan jentera di Johor.

“Saya telah hubungi Menteri Besar dan kerajaan Selangor untuk berikan bantuan segera, tetapi pasca banjir perlukan sukarelawan ramai selain keperluan asas lain termasuk ‘water jet’ akan ditambah oleh kerajaan” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.