Selangor mahu anjur lebih banyak kejohanan besar di KGSS

Selangor mahu anjur lebih banyak kejohanan besar di KGSS

AMIRUDIN Shari (tiga dari kiri) bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim (dua dari kanan); Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan KGSS, Raja Muhammad Raja Harun (kiri); Mohd. Zubir Idrus (dua dari kiri) dan Pengurus Besar KGSS, Hairul Zaini pada majlis pelancaran Ulang Tahun Ke-25 KGSS semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor terus mengorak langkah dengan membuat pelaburan dalam PKNS Golf Management Services Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkembangkan sukan golf selain menjana pendapatan kepada kerajaan negeri.

PKNS Golf Management Services yang ditubuhkan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bakal mencipta peluang baharu bagi penganjuran kejohanan-kejohanan golf yang lebih berprestij.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, apabila Kelab Golf Seri Selangor berwajah baharu di bawah pengurusan PKNS Golf bermula 1 April ini, pihaknya yakin akan lebih banyak kejohanan-kejohanan lebih besar bakal dianjurkan di sini.

PARA pemain bergambar sebelum memulakan kejohanan golf sempena Ulang Tahun Ke-25 Seri Selangor di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), di sini semalam.

Katanya, di Selangor, kerajaan negeri mahu menganjurkan kejohanan golf yang mempunyai standard tinggi sama ada bagi acara amatur atau profesional.

Menurutnya, Kelab Golf Seri Selangor sudah terbukti mampu menganjurkan kejohanan berprestij seperti Selangor Masters pada November tahun lalu yang merupakan sebahagian daripada Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

“Selain itu, pelaburan golf juga boleh dilihat melalui pelbagai aspek termasuk menggunakan padang golf untuk memperkembangkan industri pelancongan, platform kepada remaja menjadi pemain profesional dan mewujudkan peluang kerja.

“Bahkan, sebahagian daripada pelaburan itu juga merangkumi pengurusan kelab golf, menceburi reka bentuk padang golf, akademi golf untuk remaja, penajaan dan pengurusan pemain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran logo PKNS Golf Management Services dan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan golf sempena Ulang Tahun Ke-25 Seri Selangor di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KGSS, Zuber Idrus berkata, pihaknya akan menganjurkan kejohanan golf Selangor Masters sekali lagi tahun ini dan diharap ia dapat membawanya kembali ke Jelajah Asia seperti sebelum ini. 

Katanya, beliau sangat teruja kerana melalui usaha semua yang terlibat, KGSS telah diiktiraf sebagai salah satu padang golf terbaik di negara ini, dengan kelajuan green mencapai 11 stimpmeter dan lapangan yang cukup mencabar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya