Sekuriti makanan agenda UPM

Sekuriti makanan agenda UPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa komited menggembleng tenaga dalam menjamin sekuriti makanan negara melalui inovasi dalam pelbagai bidang khususnya pertanian dan ternakan sehingga menjadi produk yang dikomersialkan di pasaran.

Naib Canselor, Prof. Datuk Mohd. Roslan Sulaiman berkata, sekuriti makanan sememangnya agenda utama penubuhan UPM yang memfokuskan bidang pertanian sama ada dari segi tanaman dan ternakan sejak tahun 1971.

ROSLAN SULAIMAN

Katanya, fakulti UPM yang bermula dengan fakulti pertanian, perhutanan dan veterinar kini telah berkembang kepada 16 fakulti dan kesemuanya menyokong matlamat utama UPM iaitu pertanian.

“Sebagai contoh, fakulti kejuruteraan pertanian yang menghasilkan inovasi mesin bagi kegunaan pertanian dan fakulti sains komputer melalui inovasi teknologi Internet Kebendaan (IoT) demi kecekapan bidang pertanian.

“UPM akan berterusan menjalankan kajian perniagaan tani, pengurusan dan ekonomi dalam pembangunan rantaian bekalan industri negara selain penyelidikan dalam bidang sumber makanan dan protein alternatif masa hadapan,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut beliau, UPM yang menjalankan 550 penyelidikan setahun komited mengatasi krisis bekalan makanan negara yang berlaku pada ketika ini.

Sebagai contoh, katanya, penghasilan makanan alternatif ayam melalui black soldier fly (BSF) dan kek kernel sawit (PKC) bagi mengatasi isu bekalan telur ayam negara susulan kenaikan kos dedak ayam seperti yang didakwa para penternak.

Sementara itu, Pengarah Putra Science Park (PSP) UPM, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Abdul Rahman berkata, PSP sentiasa menyokong usaha menjamin sekuriti makanan negara sebagai pusat pemindahan teknologi dalam mempatenkan hasil kajian kepada produk yang berguna di pasaran.

“Inovasi penghasilan vaksin ayam NDV4HR dan yang terbaru, vaksin kambing STVac7 telah berjaya dikomersilkan yang pastinya dapat membantu industri tempatan tanpa perlu bergantung kepada produk import.

“Kita juga dalam proses positif daripada Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFI) untuk melindungi PadiU Putra dengan varieti baru tumbuhan berikutan manfaat yang diperolehi pesawah padi di Terengganu berlipat ganda dari segi produktiviti mencecah sehingga 30 peratus,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.