Sedia 10 tan metrik kurma sempena bulan Ramadan

Sedia 10 tan metrik kurma sempena bulan Ramadan

ORANG ramai mula membeli kurma sebagai persediaan menyambut Ramadan di Alin Inmadina di Indera Sempurna di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 10 tan metrik  kurma+Ajwa+dan+Safawi dari Madinah disediakan di Alin Inmadina di Indera Sempurna di sini sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Alin Inmadina, Nor Adlin Mohd. Zakaria berkata, setakat ini lebih lima tan metrik sudah terjual dibeli secara borong dan runcit.

“Persediaan sekurang-kurangnya 10 tan metrik kurma untuk menyambut Ramadan pada tahun ini. Kurma semuanya daripada Madinah iaitu kurma Ajwa dan Safawi.

“Kurma Ajwa Madinah tuaian terbaharu yang paling mendapat sambutan tinggi dijual dengan harga serendah RM49 sekilogram sahaja.

“Kami juga menjual kurma sejuk dari Mesir yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Ia dijual pada harga RM29 untuk 500 gram,” katanya di sini semalam. Nor Adlin berkata, sempena Ramadan kali ini juga, Alin

Inmadina berkongsi keuntungan perniagaan diperoleh dengan menyediakan makanan berbuka puasa kepada pusat tahfiz, rumah anak yatim dan warga emas.

“Ia membabitkan Tahfiz Ar Rahimiyyah Kuantan, Tahfiz Hajah Maimunah Kuantan, Tahfiz Fathul Ulum Kuantan, Rumah Anak Yatim Nur Iman Kuantan, Rumah Anak Yatim Insyirah Kuantan dan Rumah Warga Emas Sungai Soi Kuantan.

“Kita sudah pun membuat tempahan kepada rumah anak yatim dan pusat tahfiz terpilih bagi mengelakkan pembaziran dan bertindan. Tahun ini merupakan tahun keempat aktiviti penyediaan berbuka puasa ini dijalankan bersama de­ngan sahabat-sahabat kami,” ujarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN