Sebulan gaji atau RM1,000 insentif Aidilfitri penjawat awam Selangor - Utusan Malaysia

Sebulan gaji atau RM1,000 insentif Aidilfitri penjawat awam Selangor

Insentif PH Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penjawat awam di Selangor menerima durian runtuh Aidilfitri apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian insentif khas sempena perayaan tersebut yang akan diberikan selewat-lewatnya 21 April ini.

Kategori pertama, mereka yang terdiri daripada penjawat awam di bawah pentadbiran dan persekutuan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Ahli Majlis Negeri dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan menerima sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap jasa dan perkhidmatan mereka kepada rakyat dan negeri.

“Selain itu, kategori kedua pula terdiri daripada pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Perkampungan Kampung Baru / Bagan / Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PEBS) akan menerima elaun sebulan.

“Kategori ketiga pula adalah wang saguhati berjumlah RM500 kepada nazir, imam rawatib, siak, bilal dan guru Sekolah Rakyat. Sementara kategori keempat adalah kategori baru iaitu penjawat awam Persekutuan yang bekerja di luar pentadbiran SUK yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Kumpulan ini akan mendapat wang saguhati RM200,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Rapat Rahmah Ramadan Menteri Besar bersama Penjawat Awam Negeri Selangor 2023, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin menasihatkan penjawat awam menggunakan wang insentif itu secara berhemah serta berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya