Sebanyak 30,281kg sampah berjaya dikutip Geng Plastik Ija

Sebanyak 30,281kg sampah berjaya dikutip Geng Plastik Ija

SEBAHAGIAN daripada sukarelawan GPI yang menyertai program pembersihan pantai di Pantai Santuari Penyu Ma’daerah, Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah badan bukan kerajaan, Geng Plastik Ija (GPI) berjaya mengutip sebanyak 30,281 kilogram (kg) sampah dalam 121 program pembersihan pantai di negeri ini pada sepanjang tahun lalu.

Pengerusi GPI, Zulkefli Sarji berkata, sampah tersebut yang dikutip sukarelawan pertubuhan tersebut melibatkan 47 kawasan pantai yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong.

Menurutnya, program tersebut yang dijalankan sejak 2017 bertujuan memastikan kawasan pantai di negeri ini yang cantik berada dalam keadaan bersih.

Katanya, jumlah kutipan sampah oleh sukarelawan GPI juga sentiasa meningkat pada setiap tahun.

“Berdasarkan pengamatan GPI, kira-kira 80 peratus sam­pah yang dikutip itu merupakan sampah hanyut yang terdampar di pantai terutama pada musim tengkujuh.

“Selebihnya pula sampah yang dibuang dan ditinggalkan pengunjung yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau memberitahu, sebahagian botol plastik yang dikutip oleh sukarelawan itu diasingkan sebelum dihantar ke pusat kitar semula.

Katanya, seramai 1,472 orang sukarelawan telah menyertai program pembersihan pantai pada tahun lalu.

“Kebanyakan peserta tersebut merupakan golongan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta kakitangan syarikat swasta dan jabatan kerajaan.

“GPI merancang untuk me­ningkatkan lagi program pembersihan pantai dengan melibatkan lebih ramai sukarelawan pada tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN