‘Saya tak pernah pukul dia’ - Utusan Malaysia

‘Saya tak pernah pukul dia’

SYAMSUL YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Syamsul Yusoff menegaskan tidak pernah walau sekali memukul isterinya, Puteri Sarah seperti yang didakwa pelakon wanita tersebut.

Jelas Syamsul, dia tidak percaya dakwaan itu keluar daripada mulut isterinya yang tergamak mengeluarkan tohmahan sebegitu terhadapnya.

“Dia telah fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini?

“Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketika itukah?

“Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku.

“Saya ada anak perempuan, ada ibu dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Syamsul mendedahkan dia berulangkali mencuba untuk mengajak Puteri Sarah berbincang namun isterinya menolak permintaan itu.

Jelasnya, Puteri Sarah kerap kali meminta untuk dilepaskan dengan alasan dia sudah mempunyai orang lain.

“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu.

“Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.

“Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Sarah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya atas alasan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi hidup sebagai suami isteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya