‘Saya boleh didakwa, tapi Bersatu tidak akan hancur’

‘Saya boleh didakwa, tapi Bersatu tidak akan hancur’

AHLI Bersatu yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajuinya tidak akan hancur walaupun beliau didakwa di mahkamah.

Presiden Bersatu itu berkata, keyakinan berkenaan bersandarkan kepada sokongan terhadap partinya ketika ini.

“Kita mesti bangkit melawan hal ini. Mereka boleh mendakwa saya, mereka boleh aniaya saya tapi mereka tak boleh hancurkan Bersatu.

“Mereka cuba melemahkan saya, melemahkan saf pimpinan Bersatu tetapi mereka lupa seorang didakwa, jutaan ahli penyokong akan bangkit bangun menentang kejahatan. Bersatu bukan saya, Bersatu ini kita semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.

Malah, katanya, Bersatu juga berada dalam kedudukan jauh lebih baik daripada UMNO.

“Kita berjaya menambah kerusi Parlimen dari 13 kepada 31, ini peningkatan kekuatan hampir tiga kali ganda dalam tempoh sepenggal.

“UMNO yang jadi parti lawan kita pula hanya dapat 26 kerusi, kedudukan mereka merosot, sekarang parti kita lebih besar dari UMNO.

“Bukan nak dabik dada dan bersikap sombong, hakikat dan realitinya parti kita hanya dalam satu tempoh penggal telah dapat menguasai bilangan jauh lebih besar UMNO. Dalam tempoh hanya tujuh tahun, Bersatu berjaya mengatasi UMNO yang berusia 77 tahun. Kita bukan lagi ular lidi dan UMNO bukan lagi naga,” katanya.

Justeru, beliau yakin lebih ramai yang akan tampil menyokong Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“PN muncul sebagai pilihan utama masyarakat Melayu dan bumiputera apabila dianggarkan sekitar 60 peratus pengundi telah memilih PN dan saya percaya lebih ramai lagi pengundi akan beralih menyokong PN setelah UMNO memilih bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH).

“Ramai lagi akan berhijrah, eloklah mereka meninggalkan UMNO dan bersama kita. Insya-Allah, Pilihan Raya Umum Ke-16 jadi milik kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN