Sanusi pastikan LIMA’23 lancar walau tak diundang

Sanusi pastikan LIMA’23 lancar walau tak diundang

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menzahirkan komitmen untuk memastikan semua agensi kerajaan negeri itu dapat memberikan 100 peratus komitmen untuk acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) supaya berjalan dengan lancar dan sempurna. 

Kata beliau, walaupun semua acara melibatkan Menteri Besar terpaksa dipinda untuk digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, kebanyakan agensi yang terlibat dengan pameran itu khususnya di Langkawi sudah bersedia sepenuhnya sebagai tuan rumah LIMA’23.

“Misalnya Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah diarahkan memastikan bekalan air bersih ke Langkawi dalam tempoh itu tidak terganggu walaupun akan menghadapi peningkatan penggunaan mendadak.

“Semua infrastruktur bekalan air terutama Loji Rawatan Air di Sg. Baru, jajaran paip dasar laut ke Langkawi dan Empangan Saga dan Bukit Malut di Langkawi disenggara sebaiknya untuk pastikan bekalan dapat dibekalkan dengan sempurna,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengucapkan selamat datang kepada semua syarikat, agensi, pegawai kementerian, delegasi dari dalam dan luar negara yang terlibat dengan pameran itu serta para pengunjung ke Pulau Langkawi yang juga permata Kedah. 

“Kami akan pastikan kunjungan semua pihak ke Langkawi adalah kunjungan terindah sepanjang hayat,” ujarnya. 

Selain itu, beliau juga berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Al-Bukhari (6136) yang bermaksud” “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat makan jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.”

Kelmarin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu mendakwa, beliau dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk menghadiri LIMA’23.

Bagaimanapun, media melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat surat rasmi atau pekeliling yang melarang Menteri Besar Kedah itu menghadiri sebarang acara rasmi kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya