Sampah bertambah 23 peratus di bulan Ramadan - MPKB-BRI

Sampah bertambah 23 peratus di bulan Ramadan – MPKB-BRI

PENINGKATAN sehingga 23 peratus itu bermula awal Ramadan lalu melibatkan sisa-sisa makan berbuka puasa dari pengguna dan peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bha­ru-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengutip se­banyak 430 tan sampah setiap hari di bulan Ramadan berbanding 350 tan pada hari-hari biasa.

Yang Dipertuanya, Ros­nazli Amin berkata, peningkatan sehingga 23 peratus itu bermula awal Ramadan lalu melibatkan sisa-sisa makan berbuka puasa dari pengguna dan peniaga.

ROSNAZLI AMIN

Menurutnya, menje­lang sambutan Hari Ra­ya Aidilfitri MPKB-BRI menjangkakan sampah kekal seperti perabot la­ma iaitu sofa, almari di­buang di kawasan yang tidak sepatutnya.

“Tindakan itu menye­babkan lori kompaktor tidak dapat mengangkat sampah berkenaan. Jadi kita berharap agar penduduk terutama di kawasan perumahan dan rumah pangsa supaya memaklumkan kepada MPKB-BRI untuk penyelarasan kutipan barangan berkenaan di kawasan masing-masing.

“Kita difahamkan apabila hampir dengan Aidilfitri kebanyakan pe­rantau yang pulang ke kampung akan menukar perabot baharu manakala lama mereka buang,” katanya kepada pemberita ketika diminta me­ngulas berhubung pe­ningkatan pembua­ngan sampah sepanjang Ramadan ini.

Rosnazli memberitahu, pihaknya akan me­ngenakan caj untuk pe­ngangkutan perabot lama terhadap penghuni antara RM20 hingga RM30.

Katanya, perkhidma­tan julung kali yang di­perkenalkan itu akan menggunakan lori biasa bagi menggelakan kompaktor mengalami kerosakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN