KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU yang melibatkan enam dasar itu.
Enam dasar tersebut termasuk untuk meminda Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37], Akta Senjata 1960 [Akta 206], Akta Penculikan 1961 [Akta 365], Akta Dadah Berbahaya 1952[Akta 234], Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708], Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 10 Jun tahun lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan mengenakan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022. – UTUSAN