Rugi melabur punca ramai cari? - Utusan Malaysia

Rugi melabur punca ramai cari?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terus-terang, Cik Bunga pun hampir terlupa mengenai satu daripada cabang perniagaan selebriti sensasi yang seorang ini.

Kalau sesiapa masih ingat, tahun 2018 Datuk Seri Vida (DSV) pernah melancarkan token digital atau mata wang kripto Lavida Coin dengan harga awal yang ditetapkan, iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).

Ketika itu pun, kalau tak silap, sudah timbul isu tak menarik berkenaan hal tersebut. Namun, kemudian, senyap dan tenggelam begitu sahaja.

Pun begitu, nak dijadikan cerita, setelah empat tahun berlalu, timbul semula isu panas dan kali ini dengarnya ramai sedang ‘mencari’ DSV kerana mendakwa berasa tertipu dan mengalami kerugian besar selepas membuat pelaburan Lavida Coin.

Cik Bunga dengar, bila tak dapat cari DSV, ada kalangan mangsa ‘menyerang’ pula bekas pekerja selebriti tersebut demi nak tuntut wang mereka semula.

Masalahnya, bagi Cik Bunga, buat apalah nak ‘serang’ bekas pekerja yang sah-sah sudah tidak lagi bekerja dengan DSV. Bukannya bekas pekerja itu yang ‘kerjakan’ duit awak ye tak? Carilah DSV terus dan selesaikan perkara ini secara baik.

Dalam pada itu,Cik Bunga rasa, DSV tak adalah melarikan diri pun. Cuma, mungkin jadualnya yang sentiasa sibuk menjadikan mereka tak dapat bertemu mata dengannya pada waktu yang sesuai.

Malah, Cik Bunga percaya, tak mungkinlah DSV nak rosakkan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali dalam bidang seni dan keusahawanan dengan perkara seperti ini. Pasti ada jalan terbaik untuk selesaikan isu ini bukan?

Cik Bunga nak cakap lebih-lebih pasal wang krypto ini pun kita bukannya pandai sangat. Tak pernah terjebak pun dengan pelaburan begitu. Maklumlah, hidup kita pun biasa-biasa saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya