Projek Konservasi Resing komuniti Kampung Gol, Ulu Tembeling

Projek Konservasi Resing komuniti Kampung Gol, Ulu Tembeling

ABDUL KADIR Abu Hashim (dua kanan) dan Norazah Abdul Rahman (tiga kanan) ketika gimik pelancaran projek Konservasi Resing di Kampung Gol, Tembeling, Pahang baharu- baharu ini. – UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD

PROJEK konservasi resing atau Asian Giant Softshell Turtle komuniti Kampung Gol, Tembeling bagi membiak spesies yang semakin pupus dan sukar ditemukan.
Projek kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penyelidik dari Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam yang menyediakan pusat penetasan dan pembiakan.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, resing daripada spesies keluarga labi- labi hidup di sungai air tawar berpasir Sungai Tembeling. Telurnya boleh di makan seperti telur penyu.

Projek ini membuka ruang kepada penyelidik merekod data spesies ini dari aspek sains biologi, sains sosial, dan pengurusan sumber semulajadi.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Shah Alam Prof.Ts Dr.Norazah Abd Rahman, Rektor UiTM Cawangan Pahang,Prof Ts Dr.Mohd Ilham Adenan, Ketua Projek Dr Mohd Salleh Daim dan Ketua Kampung Gol, Abu Jamil Awang Mahmud.-utusan

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN