Program Galeri Uniti tingkat semangat perpaduan

Program Galeri Uniti tingkat semangat perpaduan

AARON Ago Dagang (depan, empat dari kanan) bergambar bersama tetamu dan peserta Program Galeri Uniti di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Program Galeri Uniti di bawah inisiatif Kembara Perpaduan Malaysia Madani adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui platform yang lebih santai.

 Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program itu memberi peluang kepada masyarakat mempelajari dan memahami keunikan dan kepelbagaian adat, budaya serta kaum di Malaysia.

 “Kementerian dalam masa yang sama meneroka lebih banyak tapak integrasi sosial yang mana rakyat dapat berinteraksi antara satu sama lain.

 “Selain elemen kepelbagaian budaya, segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme turut disusun sepanjang program berlangsung,” katanya.

 Beliau berkata, pengisian utama program adalah Pameran Moment of Unity iaitu panel yang memaparkan detik-detik perpaduan serta kepelbagaian adat dan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

 “Selain itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik yang mengetengahkan kebudayaan tradisional pelbagai etnik serta Pameran Rumah KAMI yang menawarkan maklumat mengenai pakaian, makanan dan sukan rakyat pelbagai etnik termasuk masyarakat Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.

 “Pameran daripada pelbagai agensi turut diadakan seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Arkib Negara,” katanya.

 Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AEON (M) Co. Bhd.  atas kerjasama  yang konsisten bersama kementerian itu dalam menggalas usaha merealisasikan aspirasi perpaduan nasional dengan menganjurkan program yang berlangsung tiga hari itu sehingga 12 Mac ini.

 Beliau juga sentiasa mengalu-alukan penglibatan lebih banyak agensi awam, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan pada masa hadapan melalui program kolaborasi strategik seumpama itu, khususnya di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN