Polis siasat video tiga remaja keluarkan kepala melalui 'sunroof' kereta - Utusan Malaysia

Polis siasat video tiga remaja keluarkan kepala melalui ‘sunroof’ kereta

TANGKAP layar video tular tiga remaja mengeluarkan kepala melalui sunroof sebuah kereta di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menyiasat video tular aksi berbahaya tiga remaja mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kereta di Jalan Sultan Idris Shah di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis diterima berkaitan perkara itu dan semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam, kelmarin.

Katanya, pihak polis juga telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard itu.

“Ketiga-tiga individu yang mengeluarkan kepala dalam video tular itu berusia 16 dan 13 tahun.

“Ketika kejadian, ibu remaja terbabit juga berada dalam kenderaan yang dipandu saudara mereka,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan individu yang merakam kejadian itu bagi membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

“Orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk tidak membiarkan kanak-kanak melakukan perbuatan yang mungkin mendatangkan bahaya dan risiko keselamatan lain,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook, dua video berdurasi 24 dan sembilan saat yang memaparkan tiga individu mengeluarkan kepala daripada sebuah kenderaan MPV yang sedang bergerak di atas jalan raya.

Tindakan berbahaya penumpang kenderaan itu mengundang reaksi kurang senang warga maya yang bimbang dengan keselamatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya