Polis gempur sarang dadah, tahan 530 individu - Utusan Malaysia

Polis gempur sarang dadah, tahan 530 individu

SEBAHAGIAN daripada individu yang ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari sejak Isnin lalu di seluruh Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 530 individu termasuk 13 warga asing ditahan menerusi Op Tapis Khas selepas ‘sarang’ penagihan dadah di seluruh negeri digempur polis selama tiga hari sejak Isnin lalu.

Operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Perak dan Daerah serta lain-lain bahagian polis dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tangkapan di 11 lokasi itu membabitkan 522 lelaki dan lapan wanita berusia 17 hingga 67 tahun.

Katanya, warga asing yang ditahan pula dari Myanmar, Thailand, Bangladesh, Indonesia dan Laos.

“Daripada keseluruhan tangkapan yang dilakukan, seramai 50 individu ditahan di bawah kesalahan pengedaran dadah, 178 orang bagi kesalahan memiliki dadah manakala 302 penagih disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seramai 12 orang dikategorikan sebagai orang yang dikehendaki manakala sembilan suspek dikenal pasti penagih dadah tegar akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C akta sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pelbagai dadah dirampas termasuk 494 gram (g) heroin, syabu/methamphetamine (155g), ganja (34g), 55 liter cecair ketum, 1.2 liter metadon dan 0.7g pil erimin 5.

Katanya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM35,254.50.

“Dalam serbuan itu, kita turut menyita sebuah kereta, wang tunai dan barang kemas berjumlah RM12,518,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya