Polis digesa siasat kenyataan Abdul Hadi mahu jatuhkan kerajaan

Polis digesa siasat kenyataan Abdul Hadi mahu jatuhkan kerajaan

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Satu laporan polis dibuat Pemuda Pakatan Harapan membuat berhubung kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Perikatan Nasional sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya beranggapan ia salah satu bukti atau tindakan tidak bertanggungjawab serta bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tanpa segan silu menyatakan bahawa usahanya sedang berjalan dan mengakui mereka hendak menjatuhkan kerajaan.

“Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dengan segera terhadap Abdul Hadi atau sesiapa sahaja terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang ditubuhkan secara sah.

“Tindakan Abdul Hadi itu boleh menganggu ketenteraman awam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim berkata, kenyataan Abdul Hadi itu tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

“Kita sebagai ahli politik perlu ‘bermain’ politik dalam kalangan kita, tidak perlu melibatkan Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.

Kelmarin, Abdul Hadi dilapor mengakui wujud usaha tersebut dan mendakwa gabungan itu berhak berbuat demikian kerana ia dibolehkan dan berlandaskan kepada prinsip demokrasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya