PM julung kali lawat Arab Saudi mulai hari ini - Utusan Malaysia

PM julung kali lawat Arab Saudi mulai hari ini

kwsp
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sesi lawatan rasmi buat julung kali ke Arab Saudi selama tiga hari yang bermula pada hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan berkenaan dilakukan atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohamad Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan sulung beliau ke negara itu setelah menyandang jawatan ketua kerajaan ke-10 pada akhir tahun lalu, mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi selama ini.

“Ia memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan jalinan kerjasama dua hala bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang,” jelas Wisma Putra.

Anwar akan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir selain pegawai kanan kerajaan.

Beliau dijadualkan mengadakan kunjungan ke atas Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri akan turut mengadakan sesi pertemuan bersama warga perniagaan serta diaspora Malaysia yang berada di sekitar Arab Saudi.

Negara berkenaan merupakan rakan dagang dan sumber import paling besar Malaysia dalam kalangan rantau Asia Barat dengan pada tahun lalu mencecah RM45.52 bilion. Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Arab Saudi pada awal 1960-an malah Almarhum Raja Faisal pernah melakukan lawatan diraja ke negara ini pada 1970 lalu.

Ini diikuti dengan lawatan berikutnya oleh Almarhum Raja Abdullah pada 2006 dan kemudian pengganti baginda sendiri, Raja Salman pada 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya