PM ikrar guna kuasa perangi rasuah - Utusan Malaysia

PM ikrar guna kuasa perangi rasuah

Rasuah
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar terus memerangi rasuah dan menggunakan kuasanya untuk memerangi pemimpin-pemimpin yang dikenal pasti terlibat dengan jenayah tersebut.

Malah beliau menegaskan tidak akan tunduk dengan mana-mana tekanan untuk membiarkan pemimpin terbabit bebas termasuk mereka yang lari daripada membayar cukai apabila membolot kekayaan dan membawanya keluar dari negara ini.

“Mahu saya jadi bingung, biarkan ini dan tuntut cukai daripada rakyat? Saya kutip cukai dari rakyat saya takkan lepaskan tauke-tauke maha kaya daripada membayar cukai. Sebab itu kita buat siasatan, konon-konon ada tindakan berbaur politik, apa? 

“Itu bezanya, selama ini kuasa politik melindungi penjenayah-penjenayah besar.  Kuasa politik itu melindungi perasuah besar, memperkayakan beberapa kerat  penguasa dan digunakan kuasa itu untuk melindungi mereka dan menghentam rakyat. Kita gunakan kuasa itu untuk melindungi rakyat dan menyerang perasuah,” katanya dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas 2023 PKR, hari ini.

Dalam ucapan tersebut, Presiden PKR itu turut menempelak segelintir pemimpin yang beretorik memperjuangkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Menurut Anwar, kerajaan pimpinannya kini mengumpulkan kekuatan suara rakyat untuk menyelamatkan negara dan tidak bertolak ansur untuk memerangi rasuah, pembelaan nasib rakyat.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang, bila digagaskan umpamanya pembasmian miskin tegar dengan IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat), Rahmah dan pelbagai langkah lain, 130,000 rakyat paling miskin termasuk Sabah Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang itu pun masih dipertikai.

“Aneh bicara soal Melayu, Islam mau tolong 130,000 rakyat termiskin masih digugat oleh pembangkang. Aneh dan guna hujah agama. Apa pilihan mereka. RM2 juta masuk akaun parti dan entah yang lain saya belum tahu. Ada yang saya tahu tetapi belum saya hebahkan.

“Jadi, kita yang menjadi bukan pejuang Melayu, bukan pejuang rakyat yang mahu dihimpunkan. Kamu, pejuang Melayu tulin, ambil dana masuk akaun parti dan kamu mentekadarah untuk kamu dan keluarga kamu,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya