Pusat Media Harapan Perak lapor polis kenyataan Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Pusat Media Harapan Perak lapor polis kenyataan Abdul Hadi

MOHD. Ikhmal Mohd. Iskandar (kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Lumut, Abdul Mutalib Zakaria memegang salinan laporan polis terhadap Abdul Hadi Awang di IPD Manjung di Lumut hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

LUMUT: Pusat Media Harapan Perak membuat laporan polis terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mengakui mahu menumbangkan Kerajaan Persekutuan sedia ada bukan melalui kaedah pilihan raya.

Laporan itu dibuat oleh pegawainya, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini hari ini.

Dalam laporan itu, Mohd. Ikhmal berkata, ketika berada di rumahnya di Sitiawan di sini kira-kira pukul 2 petang semalam, beliau ada menonton satu rakaman video yang menyiarkan kenyataan itu yang memasuki ‘newsfeed‘ beliau dalam Facebook.

Jelasnya, selepas melakukan semakan, beliau percaya kenyataan itu berniat jahat dan menganggu ketenteraman awam.

Justeru, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat Ahli Parlimen Marang itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta 574 Kanun Keseksaan serta Akta Hasutan 1948 (pindaan 1970).

Bercakap kepada pemberita, Mohd. Ikhmal menjelaskan pemeriksaan pihaknya mendapati kenyataan itu dibuat di luar Persidangan Parlimen, justeru Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak mempunyai imuniti atau kekebalan politik daripada segi undang-undang.

Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana boleh menjejaskan ekonomi, menakutkan pelabur serta menimbulkan ketidakstabilan politik.

“Jika kerajaan boleh ditumbangkan tanpa melalui proses pilihan raya, ia akan menggugat kepercayaan rakyat terhadap kaedah pilihan raya dalam menentukan pembentukan kerajaan pada masa depan.

“Justeru, kami mahu pihak berkuasa dapat menyiasat dan menghalang pertukaran kerajaan ini, dan jika benar-benar mahu menukar kerajaan, tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya