Pesakit kanser di Terengganu meningkat kepada 1,223 orang  - Utusan Malaysia

Pesakit kanser di Terengganu meningkat kepada 1,223 orang 

DR. Kasemani Embong (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Peringkat Negeri di Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Jumlah pesakit kanser di Terengganu meningkat kepada 1,223 orang sepanjang tahun lalu berbanding 1,193 orang pada 2021.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, kanser payu dara merupakan kes paling kerap dilaporkan iaitu 24 peratus atau 291 orang.

Menurut beliau, peningkatan pesakit itu didorong kurangnya kesedaran untuk mencegah atau mendapatkan rawatan awal membendung penyakit membunuh itu.

“Apa yang merisaukan adalah lebih 60 peratus pesakit yang datang sudah terlewat iaitu tahap tiga dan empat. Sedangkan jika dapat mengesan lebih awal, kanser itu boleh dikawal.

“Selain kanser payu dara, kanser usus dan kanser paru-paru adalah penyakit yang paling kerap dilaporkan. Oleh itu orang ramai perlu mengambil berat isu penjagaan kesihatan.

“Antara faktor menyumbang kepada risiko penyakit kanser adalah gaya hidup, pemakanan dan keturunan. Kelewatan mengesan kanser pula menyebabkan peningkatan kos rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, orang ramai perlu bersikap lebih terbuka dan menerima saranan untuk membuat pengujian awal mengesan penyakit kanser.

Menurutnya, satu daripada tiga kes penyakit kanser boleh dicegah dan berpeluang untuk sembuh sepenuhnya jika menerima rawatan lebih awal.

“Pelbagai kemudahan saringan kanser ditawarkan seperti pemeriksaan klinikal payudara dan mammogram, saringan pap smear serta saringan sampel najis.

“Jika malu untuk membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan, mereka boleh datang dan kita akan memberi serta mengajar cara membuat saringan sendiri di rumah,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya