Perlu ambil tindakan tegas terhadap penganjuran ‘Thai Hot Guy’ - Utusan Malaysia

Perlu ambil tindakan tegas terhadap penganjuran ‘Thai Hot Guy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap kelab malam menyajikan hiburan berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, ia susulan penularan poster promosi persembahan Thai Hot Guy iaitu sekumpulan lelaki berbadan sasa membuatkan tarian sambil memakai pakaian wanita dan berperwatakan lembut.

“Tambahan pula tarikh penganjuran acara itu ketika Ramadan. Bagi umat Islam, itu adalah satu penghinaan ke atas negara yang menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun agama lain diamalkan pelbagai bangsa tetapi perkara seperti ini mengundang ancaman jadi demi keamanan kami minta polis ambil tindakan sebelum acara berlangsung pada 30 Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Sementara itu, sayap belia Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada turut sependapat berhubung isu berkenaan.

Exco Armada Bersatu Nasional menegaskan penguatkuasaan lebih tegas dan garis panduan jelas perlu diwujudkan berhubung aktiviti hiburan berunsur LGBT terbabit.

“Persembahan yang mempunyai adegan pondan dan unsur LGBT tidak boleh diterima sama sekali apatah lagi apabila ia dianjurkan pada bulan Ramadan yang suci.

“Sebagai sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adegan melibatkan unsur LGBT ini tidak boleh diterima lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan. Anjuran ini mengganggu sensitiviti umat Islam,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi mengekang perkara ini daripada terus berlaku, perlu ada satu undang-undang yang jelas bukan pada bulan Ramadan sahaja tetapi sepanjang tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan ada menerima laporan terbabit.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti lebih lanjut dakwaan penganjuran satu acara hiburan Thai Hot Guy yang dikatakan dianjurkan ketika Ramadan.

Sebelum itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bar terbabit yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak di sini, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.

Siasatan DBKL itu juga mendapati, premis berkenaan dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn. Bhd. namun lesennya sudah tamat pada 4 Februari 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya