SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memasang perangkap untuk menangkap harimau yang mengganas di Kampung Merbau Menyusut sejak minggu lalu. Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, perangkap tersebut dipasang semalam berhampiran kawasan yang dikenal pasti berlakunya serangan terhadap ternakan penduduk. Menurutnya, beberapa kakitangan Perhilitan juga akan terus memantau pergerakan harimau di sekitar kawasan kampung tersebut. “Buat masa ini, satu perangkap dahulu dipasang untuk menangkap harimau itu dengan…