Perbicaraan Siti Nuramira diteruskan di rumah atau hospital - Utusan Malaysia

Perbicaraan Siti Nuramira diteruskan di rumah atau hospital

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbica­raan terhadap Siti Nuramira Abdullah­ atas pertuduhan menghina Islam ketika membuat persembahan komediri (stand up comedy) tetap dite­ruskan sama ada di hospital atau rumah, jika keadaan kesihatan tidak mengizinkannya hadir di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Norhasniah Ab. Razak menyatakan demikian selepas pasukan pembelaan memaklumkan Siti Nuramira dimasukkan ke Wad Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin, menyebabkan mahkamah menangguhkan perbicaraan kali kedua semalam.

Beliau turut meneliti sijil cuti sakit dan beberapa dokumen perubatan yang dikemukakan penjaminnya kepada mahkamah.

Norhasniah bagaimanapun tidak berpuas hati dengan butiran terkandung dalam sijil cuti sakit itu kerana tidak menyatakan Siti Nuramira dimasukkan ke Wad Kecemasan PPUM.

“Dokumen ini sama sahaja dengan yang dikemukakan sebelum ini dan tidak menyatakan masa kemasukan dan nombor wad manakala kad ini sama seperti kad rawatan susulan biasa,’’ jelas hakim berkenaan.

Beliau menetapkan 17 April ini untuk menyambung perbicaraan dan mengarahkan laporan perubatan dikemukakan kepada mahkamah.

“Saya mahukan laporan perubatan, bicara akan tetap dijalankan sama ada di hospital atau di rumah sebab ini (pe­nangguhan) sudah kali kedua,” katanya.

Norhasniah turut menetapkan tarikh perbicaraan selanjutnya pada 26 dan 31 Mei ini.

Mahkamah sepatutnya me­nyambung soal balas de­ngan mendengar keterangan seorang hos sukarela di Crack House Comedy Club pada perbicaraan terhadap Siti Nuramira atas pertuduhan menghina Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya