Penyerang Kamal Adli diarah buat ujian psikiatri

Penyerang Kamal Adli diarah buat ujian psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang didakwa menyerang pelakon, Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Mahkamah Singapura menetapkan suspek direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.

Hakim Daerah Terence Tay bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Beliau turut menetapkan sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac,” lapor agensi Bernama. 

Terdahulu, Polis Singapura (SPF) dilaporkan berkata, lelaki berusia 33 tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

Pihak berkuasa itu melaporkan, kesalahan itu menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, SPF berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai satu kes di Ekspo Singapura pada pada 9.19 malam, kelmarin apabila suspek telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi kejadian.

Katanya, antara dirampas senjata dipercayai digunakan iaitu cota bagi membantu siasatan.

Semalam, isteri Kamal yang juga pelakon, Uqasha Senrose memberitahu, pelakon berusia 36 tahun itu telah sedar namun berada dalam keadaan mamai selepas selesai prosedur pembedahan kini berehat bagi rawatan susulan.

“Alhamdulillah, Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian, akhir zaman,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Ahad lalu, media melaporkan Kamal cedera di kepala apabila diserang individu tidak dikenali ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.

Kejadian mengejutkan itu berlaku secara tiba-tiba dan penjenayah tersebut sudah diberkas selepas orang ramai menahan individu tersebut.

Kongsi Uqasha kepada Utusan Malaysia, Kamal dipukul di bahagian kepala dan pipi berkali kali dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya