Penganjur Thai Hot Guy tiada lesen

Penganjur Thai Hot Guy tiada lesen

Polis belum membuka kertas siasatan berhubung cubaan menganjurkan Thai Hot Guy.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik kelab malam, Privacy Club yang menganjurkan acara hiburan Thai Hot Guy didapati tidak mempunyai lesen hiburan mahupun kebenaran untuk me­ngadakan sebarang aktiviti.

Hasil siasatan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), premis tersebut ada­lah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn. Bhd..

“Walau bagaimanapun le­sen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 lalu.

“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.

“DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan se­kiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur,” kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin dalam kenyataan.

Sebelum ini, pihak Pejabat Perdana Menteri telah mene­rima laporan berkenaan satu acara hiburan yang bakal dianjurkan oleh Privacy Club di Jalan Tun Razak pada 30 Mac 2023 bermula jam 6 petang.

Acara hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian Wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy sebagai tarikan utamanya.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak, dengan kebanyakannya mahu program tersebut dibatalkan kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti dalam menghormati umat Islam yang berpuasa bagi menyambut bulan Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN