Penceramah agama hina PDRM video lama

Penceramah agama hina PDRM video lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu klip video menghina dan memfitnah agensi itu yang ditularkan kembali dalam media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, klip video berdurasi 55 saat memaparkan seorang penceramah agama mengeluarkan kenyataan menghina dan memfitnah warga PDRM ketika berceramah itu adalah rakaman pada 2016.

Kata beliau, penceramah itu mendakwa polis tidak solat Jumaat dan menggelarkan anggota polis sebagai bodoh kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.

“Rekod menunjukkan penceramah terbabit telah dituduh di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) di Mahkamah Majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..

Beliau berkata, penceramah terbabit telah dijatuhi hukuman denda RM7,000.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Polis turut menasihatkan agar orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut klip video terbabit dalam mana-mana platform media sosial.

“Perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×