KUALA LUMPUR: Persaingan jawatan Ketua Wanita UMNO seri apabila Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Dr. Noraini Ahmad masing-masing memperoleh tiga undi, setakat ini.
Ia berdasarkan keputusan rasmi menerusi Jawatankuasa UMNO Online setakat pukul 6 petang.
Pertandingan kerusi Ketua Wanita hangat apabila menyaksikan dua tokoh wanita antara Shahrizat dan Noraini yang masing-masing pernah menyandang jawatan itu sebelum ini.

Noraini dicabar Shahrizat yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.
Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita. – UTUSAN










