KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO kali ini dijangka dapat kembali memantapkan UMNO Sabah untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diramal dua tahun lagi. Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun ramai melihat parti itu sudah lemah dan kehilangan sokongan, keyakinan ahli-ahli di peringkat akar umbi itu masih tinggi. Sehubungan itu, beliau yakin pemilihan kali ini dapat memperlihat gabungan pemimpin baharu dan lama…










