Pemberian dana khas kepada Terengganu diteruskan - Utusan Malaysia

Pemberian dana khas kepada Terengganu diteruskan

PERTEMUAN antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Samsuri Mokhtar di Putrajaya bagi membincangkan pelbagai perkara. - FACEBOOK AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan memberi komitmen meneruskan pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu seperti yang disalurkan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, khabar gembira itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan di Putrajaya, kelmarin.

Ahmad Samsuri berkata, dana khas tersebut akan diberi kepada kerajaan negeri pada akhir bulan ini.

“Bagaimanapun jumlahnya tidak diketahui lagi, kena tunggu duit itu masuk dulu.

“Namun, kita menganggarkan agak banyak juga berdasarkan harga minyak yang tinggi pada tahun lepas.

“Wang tersebut juga akan dibayar sebanyak dua kali setahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini semalam.

Ahmad Samsuri menambah, pertemuan itu juga menunjukkan satu petanda positif terhadap hubungan federalisme yang lebih erat antara kerajaan negeri dan Pusat selepas ini.

“Beberapa keputusan penting yang lain juga akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat di Terengganu namun masih belum boleh dimaklumkan setakat ini.

“Pelbagai perkara dibincangkan dengan penuh semangat keterbukaan dan positif, berkait dengan urusan negeri dan Persekutuan termasuk program pembasmian kemiskinan, pemba­ngunan, kewangan dan lain lain,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya