Paul San kekal pendahulu hari kedua Piala Tun Ahmad Sarji 2023

Paul San kekal pendahulu hari kedua Kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji 2023

PAUL San mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu hari kedua kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji 2023 di di Saujana Golf and Country Club, Subang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pemain golf profesional negara, Paul San terus cemerlang dan kekal sebagai pendahulu kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji 2023 yang masuk hari kedua hari ini.

Paul mengumpulkan 138 pukulan enam di bawah par untuk meninggalkan Amir Nazrin dan Danny Chia yang masing-masing berkongsi kedudukan di tangga kedua dengan catatan 140 pukulan empat di bawah par.

Sementara itu, R Nachimuthu berada di tangga keempat selepas mengumpul 142 pukulan dua di bawah par dan dikejar rapat oleh Galven Green yang berjaya melakukan 143 pukulan satu di bawah par.

DANNY Chia (kiri) dan Nazri Zain ketinggalan dua pukulan di belakang Paul San.

Manakala bagi kategori wanita, Aretha Pan yang mencatat 73 pukulan satu di atas par semalam gagal mengekalkan rentak cemerlangnya hari ini apabila mampu mengumpul 76 pukulan empat di atas par dengan keseluruhan 149 pukulan lima di atas.

Berkongsi kedudukan dengan Aretha ialah pemain amatur, Charlayne Chong apabila meraih 74 pukulan dua di atas par selepas mencatat 75 pukulan tiga di atas par semalam.

Dua lagi pemain profesional wanita iaitu Ainil Johari dan Jocelyn Chee masing-masing terikat dengan 156 pukulan 12 di atas par. 

Pada edisi sulung kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji 2023 yang berlangsung di Saujana Golf and Country Club hingga Sabtu ini menampilkan Toyota sebagai penaja utama dan disertai 92 pemain profesional negara.

Dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita di mana sejumlah RM200,000 diperuntukkan bagi kategori lelaki dan RM35,000 untuk wanita.

Kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji 2023 diadakan sebanyak lapan pusingan termasuk di Sarawak dan Sabah. 

Pusingan akhir bagi musim 2023 kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club pada 14-17 November dikenali Kejohanan Jelajah Toyota dengan hadiah keseluruhan RM350,000 dan ia mendapat persetujuan bersama Asian Development Tour (ADT).

Kelmarin, hampir 100 pemain termasuk 24 pemain profesional memeriahkan Kejohanan Golf Amal Pro-Am Tun Ahmad Sarji 2023 anjuran Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) di Saujana Golf and Country Club.

Pada kejohanan itu, sebanyak RM10,000 disumbangkan kepada Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ) dan RM10,000 lagi kepada keluarga mendiang bekas pemain golf profesional negara M Ramayah, yang meninggal dunia kelmarin.

Pengurus Besar PGM, Nik Mustapha Nik Mohammed berkata, sumbangan kepada IPaQ itu adalah atas pilihan Allahyarham Tun Ahmad Sarji.

Katanya, kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji yang diadakan secara tahunan bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham sebagai pengasas merangkap pengerusi PGM yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021. – UTUSAN

PENDAHULU HARI KEDUA

LELAKI

138 (-6) – PAUL SAN

143 (-4) – DANNY CHIA, NAZRI ZAIN

142 (-2) – R NACHIMUTHU

143 (-1) – GALVEN GREEN

145 (+1) – KHOR KHENG HWAI, UMAR KHUSAIRI

146 (+2) – ERVIN CHANG

147 (+3) – DAENG ABDUL RAHMAN, HUI YONG SHERNG, SUKREE OTHMAN, RIZAL AMIN, TONY LAM, SYAHIRAN SYAKIR, MUHAZIM BAKHTIAR dan M SASIDARAN 

WANITA

149 (+5) – ARETHA PAN, CHARLAYNE CHONG (A)

152 (+8) – DIANNE LUKE

156 (+12) – JOCELYN CHEE, AINIL JOHANI BAKAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya