Pasangan suami isteri melecur akibat letupan gas memasak

Pasangan suami isteri melecur akibat letupan gas memasak

LETUPAN gas memasak yang memusnahkan sebuah rumah di PPR Sri Semarak, Tawau hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Sepasang suami isteri melecur sebahagian anggota badan akibat letupan gas memasak yang mengakibatkan rumah mereka musnah di Block C, PPR Sri Semarak awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing cedera di bahagian badan dan kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jeminshin Ujin berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Hernawati Juda,40, melecur di bahagian badan, tangan serta muka manakala suaminya, Mesran Lamalee,38, melecur di bahagian kaki.

Beliau berkata, kebakaran yang berlaku di rumah mangsa berjaya dipadam menggunakan alat pemadam api oleh orang awam sebelum ketibaan jentera bomba.

Pemeriksaan awal mendapati, kebakaran berlaku akibat dapur gas memasak meletup hingga menyebabkan rumah mangsa terbakar sepenuhnya.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat mengalami kecederaan (melecur) telah dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba bertindak melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi dan memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.15 pagi.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.