Parlimen: Kos PRN enam negeri dijangka cecah RM420 juta

Parlimen: Kos PRN enam negeri dijangka cecah RM420 juta

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka menelan kos sekitar RM420 juta jika diadakan secara serentak. 

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi, Ramkarpal Singh berkata, kos itu akan meningkat sekiranya pilihan raya bagi negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan berasingan.

“Implikasi kos untuk melaksana enam PRN secara serentak dianggarkan sebanyak RM420 juta. 

“Jika ianya dilaksana secara berasingan ia akan memberi sedikit implikasi kewangan kerana terdapat kerana ada perbelanjaan berulang,” jelasnya semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat. 

Beliau kemudian dicelah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang meminta supaya pihak pembangkang tidak mengabaikan persetujuan yang dicapai sebelum ini antara pemimpin-pemimpin negeri terbabit untuk mengadakan PRN serentak.

“Semoga kita kekal dengan persetujuan kita untuk mengadakan PRN serentak. Jangan kita menyebabkan implikasi kewangan kepada negara kerana kita sudah ada banyak masalah susulan ekonomi yang merosot dan kita perlukan segala wang penjimatan untuk membantu rakyat. 

“Saya harap pihak belah sana bersama dengan negeri pimpinan PH dan PN membuat PRN serentak supaya kita boleh berjimat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya